Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Zikri Armstrong' tidak mengaku buat kenyataan jelik berhubung kematian Nora Anne Quoirin

Seorang pegawai pemasaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (20 Ogos) atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan berhubung kematian Nora Anne Quoirin minggu lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
'Zikri Armstrong' tidak mengaku buat kenyataan jelik berhubung kematian Nora Anne Quoirin

Nora Anne Quoirin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 04:22PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 04:25PM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai pemasaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (20 Ogos) atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan berhubung kematian Nora Anne Quoirin minggu lepas.

Muhammad Zikri Ibrahim, 29 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan profil akaun 'Zikri Armstrong' telah dengan sengaja mengaibkan dan secara sedar membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan masyarakat Orang Asli dengan maksud akan memecahbelahkan dan menggugat keamanan awam.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di Ibu Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, pada 8.30 malam, 14 Ogos lepas.

Dia yang memakai baju T berwarna biru dan seluar jeans biru gelap didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 (S$3,300) dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Encik Muhammad Syazwan Mohd Salleh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya bakal berkahwin Disember ini.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 (S$1,987) dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan