Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS

Senat Amerika Syarikat pada Khamis (10 Jun) meluluskan pelantikan Zahid N. Quraishi, warganegara beragama Islam pertama yang dilantik sebagai hakim persekutuan dalam sejarah negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS

(Gambar: Tom Williams/POOL/AFP)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 04:38PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 04:45PM

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat pada Khamis (10 Jun) meluluskan pelantikan Zahid N. Quraishi, warganegara beragama Islam pertama yang dilantik sebagai hakim persekutuan dalam sejarah negara itu. 

"Quraishi akan menjadi warga Islam AS pertama dalam sejarah AS untuk berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan Artikel III. Islam adalah agama ketiga terbesar di AS dan beliau adalah yang pertama dilantik sebagai Hakim Artikel III," kata Ketua Majoriti Senat Charles Schumer sebelum pengundian.

Senator meluluskan pelantikannya dengan 81 menyokong dan 16 membantah bagi mengesahkan Quraishi untuk menjadi hakim di mahkamah daerah New Jersey, lapor Xinhua yang memetik The Hill.

Seramai 34 senator daripada Parti Republican menyokong Democrat untuk meluluskan usul berkenaan, menurut laporan itu.

Quraishi, anak pendatang Pakistan, telah berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS sejak 2019, dan sebelum ini bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pejabat peguam AS dan berkhidmat dalam tentera.

Beliau adalah calon kehakiman ketiga yang dilantik Democrat sejak Encik Joe Biden mengangkat sumpah mengetuai Rumah Putih.

Sumber : Bernama/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan