Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Hamidi presiden baru UMNO

Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden baru UMNO.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Hamidi presiden baru UMNO

(Gambar: Zahid Hamidi/ Facebook)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 10:09PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 10:11PM

BAGAN DATUK: Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden baru UMNO.

Setakat jam 9.40 malam ini (30 Jun), anggota parlimen Bagan Datuk itu memperoleh 93 undi sekali gus tidak memungkinkan mana-mana calon mengatasinya, lapor Malaysiakini.

Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Encik Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan tokoh politik veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut Malaysiakini, Encik Khairy mendapat 51 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 23 undi.

Ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi presiden UMNO selepas 1987. Sekitar 31 tahun lalu, percubaannya digagalkan dengan kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan