Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Hamidi beri keterangan selama 8 jam kepada SPRM

Selepas memberi keterangan selama lebih 8 jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Okt), Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan kembali ke sana sekali lagi untuk melakukan demikian sekali lagi esok (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2018 08:22PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 11:21PM

KUALA LUMPUR: Selepas memberi keterangan selama lebih 8 jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Okt), Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan kembali ke sana sekali lagi untuk melakukan demikian sekali lagi esok (11 Okt).

Encik Ahmad Zahid dilaporkan disoal berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Akal Budi yang mempunyai kaitan rapat dengan keluarga beliau.

Seorang anak perempuan dan seorang anak tiri beliau turut dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini (10 Okt).

Encik Ahmad Zahid ialah pengerusi yayasan tersebut, yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja amal.

Beliau disyaki menggunakan wang yayasan itu berjumlah RM800,000 (S$266,200) bagi membayar bil kad kredit beliau dan isterinya.

Bagaimanapun, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata bahawa seorang pembantunya membuat kesilapan menggunakan buku cek yang salah bagi membuat pembayaran kad kredit tersebut.

Encik Ahmad Zahid juga berkata beliau sudah membayar semula wang yayasan tersebut dengan menggunakan wangnya sendiri pada tahun 2016.

Beliau sebelum ini dipanggil sebanyak dua kali untuk memberi keterangan kepada SPRM. 

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan