Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Hamidi, Ab Rauf dikompaun RM10,000 seorang langgar SOP PRN Melaka

Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kompaun bernilai RM10,000 (S$3,245) setiap seorang membabitkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Ab Rauf Yusoh berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Hamidi, Ab Rauf dikompaun RM10,000 seorang langgar SOP PRN Melaka

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 02:59PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 03:04PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kompaun bernilai RM10,000 (S$3,245) setiap seorang membabitkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Ab Rauf Yusoh berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hasil siasatan kementerian itu mendapati, kedua-dua individu itu melanggar arahan SOP Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 berikutan video tular di media sosial menunjukkan kedua-duanya menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup di Masjid Tanah, daerah Alor Gajah.

Justeru, satu kompaun di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dikeluarkan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan