YouTube sembunyikan jumlah 'dislike' untuk cegah serangan kebencian, gangguan
Laman video YouTube mengumumkan pada Rabu (10 Nov), jumlah "dislike" orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya tidak lagi akan kelihatan.
NEW YORK: Laman video YouTube mengumumkan pada Rabu (10 Nov), jumlah "dislike" orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya tidak lagi akan kelihatan.
Syarikat itu menyatakan perubahan tersebut bagi memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan berbaur kebencian atau gangguan.
Jumlah 'like' atau 'dislike' yang dipaparkan pada catatan di media sosial sering disebut oleh pengkritik sebagai menjejas kesejahteraan pengguna dengan Facebook serta Instagram sudah membenarkan pengguna mereka menyembunyikan kiraan tanda suka atau 'like' pada catatan mereka.
Butang "dislike" bagaimanapun tidak dihapuskan, tetapi jumlahnya hanya untuk maklum balas peribadi dan tidak dipertontonkan kepada khalayak.
"Bagi memastikan YouTube mempromosikan interaksi yang bersifat menghormati antara penonton dan pencipta kandungan....kami cuba uji dengan butang 'dislike' sama ada perubahan itu akan dapat melindungi dengan lebih baik pencipta kandungan daripada gangguan dan mengurangkan serangan kebencian,"kata YouTube dalam satu kenyataan.
Menurut wadah video itu, pencipta baru kandungan melaporkan menjadi mangsa serangan di mana penonton sengaja berusaha menambah jumlah 'dislike' yang tinggi.
Ada pencipta kandungan memaklumkan, jumlah 'dislike' yang tinggi menjejaskan kesihatan mental mereka.
Perubahan di
YouTube itu dibuat sedang rangkaian sosial dan video utama dunia sering dituduh oleh penggubal dasar, penguasa kawal selia dan kumpulan pemantau sebagai tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pencipta kandungan dan memerangi gangguan online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.