Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

YouTube haramkan video sebar kebencian, taksub kaum, pengaruh kuasa kulit putih

YouTube mengumumkan pada Rabu (5 Jun) ia akan mengharamkan video-video yang mempromosikan ataupun mengagungkan sifat perkauman dan diskriminasi serta mereka yang menafikan peristiwa keganasan yang didokumentasikan dengan baik seperti Holocaust atau insiden penembakan sekolah rendah Sandy Hook.

Anggaran Waktu Membaca:
YouTube haramkan video sebar kebencian, taksub kaum, pengaruh kuasa kulit putih

(Gambar: Ethan Miller/AFP)

Diterbitkan : 06 Jun 2019 09:20AM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 09:22AM

WASHINGTON: YouTube mengumumkan pada Rabu (5 Jun) ia akan mengharamkan video-video yang mempromosikan ataupun mengagungkan sifat perkauman dan diskriminasi serta mereka yang menafikan peristiwa keganasan yang didokumentasikan dengan baik seperti Holocaust atau insiden penembakan sekolah rendah Sandy Hook.

Pengumuman oleh wadah perkongsian video milik Google itu adalah yang terkini daripada satu siri gerakan industri teknologi untuk menyaring kandungan berbaur kebencian dan keganasan, menggesa peraturan yang lebih ketat.

Menurut kenyataan syarikat tersebut: "Hari ini, kami mengambil satu lagi langkah berhubung dasar ucapan kebencian kami dengan secara khusus melarang video yang mendakwa bahawa sesebuah kumpulan lebih unggul semata-mata untuk mewajarkan diskriminasi, pengasingan atau pengecualian berdasarkan ciri-ciri seperti umur, jantina, kaum, kasta, agama, orientasi seksual atau kedudukan sosial.”

Langkah itu diambil menyusuli gesaan para pemimpin dunia di Paris bulan lalu untuk membendung ekstrimisme atau fahaman pelampau online berikutan penyebaran video pembunuhan beramai-ramai di masjid-masjid New Zealand yang disiarkan secara langsung.

YouTube menyatakan: "Kami akan mula menguatkuasakan dasar yang dikemas kini pada hari ini namun, ia akan mengambil masa untuk sistem kami mencapai kemajuan dan kami akan meluaskan jangkauan secara bertahap-tahao dalam masa beberapa bulan mendatang."

YouTube dan wadah-wadah lain juga seringkali dilihat sebagai tempat perlindungan para ahli teori konspirasi, yang menafikan Holocaust atau serangan 11 September, serta kumpulan-kumpulan Nazi dan pelampau haluan kanan kuasa kulit putih. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan