Images
  • jepun
    (Gambar: AFP)

Yoshihide Suga Perdana Menteri baru Jepun

TOKYO: Ketua Parti Liberal Democratic (LDP) yang memerintah di Jepun, Yoshihide Suga,secara rasmi dipilih parlimen untuk menjadi Perdana Menteri yang baru.

Encik Suga 71 tahun, sudah pasti dipilih sebagai PM Jepun yang ke-99 kerana suara majoriti LDP dalam parlimen.

Encik Suga merupakan penasihat dan pernah menjadi Setiausaha Kabinet PM Shinzo Abe, yang berundur atas sebab-sebab kesihatan.

Beliau dijangka meneruskan dasar-dasar PM Abe dan usaha memulihkan ekonomi Jepun yang teruk terjejas oleh COVID-19.

Barisan Kabinet beliau, diumumkan sejurus kemudian, dengan sebilangan menteri daripada pentadbiran Encik Abe dikekalkan, termasuk Menteri Luar Toshimitsu Motegi dan Menteri Kewangan Taro Aso.

Encik Suga yang sudah berkecimpung dalam politik selama berdekad-dekad kadangkala mengusulkan dasar-dasar yang
sukar difahami. 

- Agensi berita/AA/na

Top