Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Yang di-Pertuan Agong ke-16 dipilih hari ini

Majlis Raja-Raja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (24 Jan) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Yang di-Pertuan Agong ke-16 dipilih hari ini

Istana Negara di Kuala Lumpur. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 Jan 2019 08:48AM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 08:52AM

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (24 Jan) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Pemilihan itu akan dibuat melalui pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 10.30 pagi ini (24 Jan).

Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu menyusuli peletakan jawatan Sultan Muhammad V, menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lalu, adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara itu.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja-Raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-Raja Melayu dari enam negeri ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kini hanya tinggal tiga lagi Raja-Raja Melayu dari Pahang, Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan