Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Xi Jinping ikrar bantuan tambahan; gesa Afghanistan banteras pengganasan

Presiden China Xi Jinping menggesa "pihak-pihak relevan" di Afghanistan supaya membanteras pengganasan dan beliau turut berikrar akan menghulurkan lebih banyak bantuan kepada negara yang musnah dek peperangan itu, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Xi Jinping ikrar bantuan tambahan; gesa Afghanistan banteras pengganasan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Sep 2021 09:17PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 09:20PM

BEIJING: Presiden China Xi Jinping menggesa "pihak-pihak relevan" di Afghanistan supaya membanteras pengganasan dan beliau turut berikrar akan menghulurkan lebih banyak bantuan kepada negara yang musnah dek peperangan itu, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat (17 Sep).

China berkongsi sempadan darat dengan Afghanistan dan Taliban mengumumkan penubuhan pemerintah baru pada bulan ini. Kumpulan itu kembali berkuasa pada Ogos selepas pasukan tentera asing pimpinan Amerika Syarikat mengundurkan diri selepas 20 tahun berada di sana.

Afghanistan seharusnya diterajui untuk menjadi lebih terbuka dan inklusif, dan melaksanakan dasar dalam dan luar negara yang moderat, kata Encik Xi kepada para pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan kumpulan-kumpulan serantau yang lain, menurut laporan agensi itu.

"Negara-negara tertentu" seharusnya memikul tanggungjawab yang sewajarnya untuk merangsang pembangunan semula Afghanistan, tambah Presiden Xi, dengan rujukan itu bertujuan untuk menyindir Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Para pakar berkata ekonomi Afghanistan kini dilanda krisis dan di ambang bencana kemanusiaan. Negara-negara Barat pula keberatan untuk memberikan dana kepada Taliban tanpa jaminan ia akan menegakkan hak asasi manusia, terutamanya hak asasi wanita.

China, yang sudah menjanjikan bantuan dan vaksin COVID-19 kepada Afghanistan, menyatakan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya mempunyai kewajipan untuk membekalkan negara yang dilanda perang itu dengan bantuan ekonomi dan kemanusiaan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan