Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Xi Jinping dilantik semula sebagai presiden, Wang Qishan jadi timbalannya

Parlimen China dengan sebulat suara melantik Presiden Xi Jinping bagi penggal keduanya hari ini (17 Mac) dan orang kanannya pula sebagai naib presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
Xi Jinping dilantik semula sebagai presiden, Wang Qishan jadi timbalannya

Presiden Xi Jinping. (Gambar: Damir Sagolji/Reuters)

Diterbitkan : 17 Mar 2018 01:49PM Dikemas Kini : 17 Mar 2018 01:52PM

BEIJING: Parlimen China dengan sebulat suara melantik Presiden Xi Jinping bagi penggal keduanya hari ini (17 Mac) dan orang kanannya pula sebagai naib presiden. Dengan ini, Presiden Xi mempunyai sekutu untuk mengukuhkan kuasa dan kedudukannya bagi menangani ancaman perdagangan Amerika Syarikat.

Pelantikan semula Presiden Xi oleh badan perundangan yang dikuasai Parti Komunis adalah sesuatu yang sudah dijangkakan tetapi timbul tanda tanya sama ada mantan penguat kuasa antirasuah, Encik Wang Qishan akan menjadi timbalannya.

Kongres Rakyat Nasional China sudahpun memperluaskan bidang kuasa Presiden Xi dengan menyertakan namanya dalam perlembangaan dan memansuhkan had dua penggal lima tahun setiap satu bagi presiden dan naib presiden.

Presiden Xi diberi tepukan yang gemuruh selepas memperolehi kesemua 2,970 undian. Hanya seorang wakil saja yang menentang pelantikan Wang dengan 2,969 undian yang menyokongnya. Ini berbanding 2013 di mana Presiden Xi menerima 2,952 undian dengan satu undian menentang dan tiga yang berkecuali.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan