Images
  • trump (3)
    (Gambar: Kevin Lamarque/Reuters)

Xi boleh tangani pertempuran di Hong Kong dengan 'berperikemanusiaan', kata Trump

NEW JERSEY: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata rakan sejawatannya dari China Xi Jinping boleh menghuraikan pertempuran ganas dengan para penunjuk perasaan di Hong Kong secara berperikemanusiaan.

Beliau memberi gambaran ingin mengadakan pertemuan dengan pemimpin China itu.

Encik Trump juga berkata bahawa beliau amat mengenali Encik Xi sambil menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang hebat dan dihormati rakyat.

Para penunjuk perasaan sudah mengadakan tunjuk perasaan selama 10 minggu berturut-turut untuk menuntut hak kebebasan lebih luas di Hong Kong.

Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan juga sudah melumpuhkan operasi lapangan terbang bandar separa autonomi itu, yang juga dikenali sebagai antara hab penerbangan paling sibuk di dunia.

Amerika Syarikat menyatakan ia amat bimbang tentang pergerakan tentera China di sempadan Hong Kong dan menggesa Beijing untuk menghormati status autonomi wilayah tersebut.

- AFP/NA/na

Top