Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Wira' serangan Manchester dipenjara kerana curi daripada mangsa

Seorang lelaki gelandangan yang dianggap sebagai wira kerana dilihat seakan memberi bantuan kepada mangsa serangan pengganas di Arena Manchester, dipenjara selama lebih empat tahun pada Selasa (30 Jan) selepas mengaku dia sebenarnya merompak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
'Wira' serangan Manchester dipenjara kerana curi daripada mangsa

(Gambar: AFP).

Diterbitkan : 31 Jan 2018 12:13AM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 12:14AM

LONDON: Seorang lelaki gelandangan yang dianggap sebagai wira kerana dilihat seakan memberi bantuan kepada mangsa serangan pengganas di Arena Manchester, dipenjara selama lebih empat tahun pada Selasa (30 Jan) selepas mengaku dia sebenarnya merompak mereka.

Chris Parker, 33 tahun, mendakwa membantu beberapa orang yang cedera dalam serangan tahun lalu. Bagaimanapun rakaman CCTV yang disiarkan di Mahkamah Manchester menunjuknya merompak mangsa, Pauline Healey, sedang cucu Healey yang berusia 14 tahun mati tidak jauh dari situ.

Parker kemudian menggunakan kad yang dicuri dari dompet Healey untuk berbelanja di McDonald's, menurut mahkamah.

Ketika menjatuhkan hukuman empat tahun dan tiga bulan, hakim David Hernandez memberitahu Parker: "Kamu bukan wira, kamu berpura-pura. Kamu hanyalah pencuri"

Parker diwawancara oleh media Britain selepas serangan ketika satu konsert di Arena Manchester pada 23 Mei 2017.

Dia mendakwa mengemis di luar arena itu ketika letupan berlaku.

Parker menangis memberitahu agensi berita ketika itu : "Saya dengar bunyi letupan dan dalam sekelip mata melihat cahaya dan asap. Saya mendengar orang menjerit."

"Saya tercampak ke lantai tetapi segera bangun dan cuba membantu," katanya.

Satu rayuan online yang dilancarkan untuk mengumpul dana baginya berjaya mengutip lebih £50,000 (S$92,500). Wang itu akan dikembalikan kepada penderma.

Parker juga mencuri telefon bimbit dari seorang gadis remaja selepas serangan itu, yang membunuh 22 orang. 

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan