Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO ulangi amaran kanak-kanak juga boleh dijangkiti COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengulangi amarannya bahawa kanak-kanak juga boleh dijangkiti COVID-19, yang telah meragut nyawa beberapa orang muda.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO ulangi amaran kanak-kanak juga boleh dijangkiti COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 12:49PM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 02:10PM

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (2 Apr) mengulangi amarannya bahawa kanak-kanak juga boleh dijangkiti virus COVID-19, yang telah meragut nyawa beberapa orang muda.

"Tanggapan bahawa COVID-19 hanya menjejas golongan lebih tua adalah salah dari segi fakta," kata ketua cawangan WHO di Eropah, Hans Kluge kepada wartawan dalam taklimat online dari Copenhagen.

"Usia bukan satu-satunya faktor risiko bagi penyakit serius," tegas Encik Kluge.

Beberapa kes serius dilaporkan dalam kalangan remaja dan orang dewasa lebih muda, dengan ada yang memerlukan rawatan jagaan rapi dan melibatkan kematian, katanya.

Di Eropah, mangsa COVID-19 paling muda ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang meninggal dunia di Belgium. Di Amerika Syarikat pula, seorang bayi berusia enam minggu maut akibat virus itu.

Sekitar 10 hingga 15 peratus kes yang dikesan dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun merupakan kes jangkitan sederhana hingga serius, menurut WHO.

Namun, Encik Kluge menarik perhatian bahawa "individu yang menjalani gaya hidup sihat berhadapan kurang risiko jangkitan."

"Terdapat laporan orang-orang berusia 100 tahun ke atas yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 dan kini telah pulih sepenuhnya."

Cawangan WHO di Eropah menyatakan terdapat 464,859 kes COVID-19 dan 30,098 kematian di 53 negara di rantau itu.

Sekitar 80 peratus daripada mereka yang meninggal dunia akibat virus itu menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit, terutama sekali penyakit kardiovaskular dan kencing manis.

Encik Kluge mengatakan adalah penting "bagi setiap kumpulan usia" untuk menghormati garis panduan kebersihan.

"Ia bukan sahaja tanda perpaduan dengan orang lain, khususnya mereka yang lebih berisiko mengalami penyakit serius, tetapi juga penting untuk kesihatan dan keselamatan anda."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan