Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO lapor jumlah rekod kes baru COVID-19, lebih 307,000 di dunia dalam sehari

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan jumlah rekod kenaikan sehari kes virus korona sejagat pada Ahad (13 Sep), dengan jumlah kes keluruhan melonjak sebanyak 307,930 dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO lapor jumlah rekod kes baru COVID-19, lebih 307,000 di dunia dalam sehari

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 08:13AM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 08:18AM

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan jumlah rekod kenaikan sehari kes virus korona sejagat pada Ahad (13 Sep), dengan jumlah kes keluruhan melonjak sebanyak 307,930 dalam tempoh 24 jam.

Kenaikan tertinggi dicatatkan di India, Amerika Syarikat dan Brazil, menurut laman agensi berkenaan. Angka korban pula meningkat sebanyak 5,537 kepada 917,417.

India melaporkan 94,372 kes baru diikuti Amerika Syarikat yang mencatatkan 45,523 jangkitan baru dan Brazil dengan 43,718 kes baru.

Kedua-dua Amerika Syarikat dan India masing-masing melaporkan lebih daripada 1,000 kematian baru manakala Brazil melaporkan 874 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Rekod WHO bagi kes baru sebelum ini adalah 306,857 pada 6 Sep. Agensi itu melaporkan jumlah rekod kematian sebanyak 12,430 pada 17 April.

India mendahului negara-negara lain di dunia bagi jumlah kes baru dilaporkan setiap hari dan mencatatkan rekod global minggu lalu apabila 97,570 kes baru dilaporkan dalam sehari, menurut perangkaan Reuters.

Di sesetengah bahagian India, bekalan oksigen bagi tujuan perubatan semakin sukar diperolehi sedang jumlah kes mencecah lebih 4.75 juta. Hanya Amerika Syarikat yang telah mencatatkan lebih daripada 6.5 juta kes. Jumlah kes jangkitan COVID-19 masih meningkat di 58 negara, termasuk lonjakan di Argentina, Indonesia, Maghribi, Sepanyol dan Ukraine, menurut analisis Reuters.

Jumlah kes baru semakin merosot di Amerika Syarikat dan berkurangan sebanyak 44 peratus dari paras kemuncak lebih 77,000 kes baru yang dilaporkan pada 16 Jul. Jumlah kes baru di Brazil juga menunjukkan trend merosot.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan