Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WhatsApp hadkan hantar ulang mesej demi sekat maklumat palsu COVID-19

WhatsApp milik Facebook Inc mengetatkan lagi batasan menghantar mesej pada Selasa (7 Apr), menyekat pengguna daripada berkongsi kandungan mesej yang diulang hantar

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp hadkan hantar ulang mesej demi sekat maklumat palsu COVID-19

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 08 Apr 2020 08:15AM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 08:17AM

SAN FRANCISCO: WhatsApp milik Facebook Inc mengetatkan lagi batasan menghantar mesej pada Selasa (7 Apr), menyekat pengguna daripada berkongsi kandungan mesej yang diulang hantar. Ini setelah terdapat peningkatan pada jumlah mesej yang memberi nasihat perubatan palsu sejak bermula krisis virus korona.

Pandemik itu, yang sudah meragut lebih 70,000 jiwa di seluruh dunia, disertai dengan apa yang disebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "infodemik" maklumat yang salah, lantas mendorong pemerintah dan pihak berkuasa untuk menggesa syarikat media sosial supaya melakukan lebih lagi demi memerangi masalah tersebut.

WhatsApp, yang mempunyai lebih 2 bilion pengguna seluruh dunia, menyatakan dalam satu catatan blog bahawa ia melaksanakan perubahan itu setelah menyaksikan "peningkatan ketara" pada jumlah hantar ulang mesej sejak bermula krisis virus korona.

"Kami percaya adalah penting untuk memperlahankan penyebaran mesej-mesej ini untuk mengekalkan WhatsApp sebagai wadah bagi perbualan peribadi," menurutnya.

Seorang jurucakap WhatsApp berkata batasan baru itu dilaksanakan atas layanan palsu.

Namun, pengubahan kandungan langsung tidak mungkin dilakukan di WhatsApp, di mana mesej sembang dilindungi oleh sekatan enkripsi yang bahkan akan menyekat aplikasi itu sendiri daripada melihat kandungan yang dikongsi oleh para pengguna.

Ini membolehkan kumpulan-kumpulan dengan lebih 100 orang untuk saling bertukar-tukar pesanan teks, gambar dan video dengan tiada cara untuk memantau asal usul mesej tersebut atau sejauh mana ia disebarkan.

WhatsApp menyatakan bahawa had yang diletakkan sebelum ini ke atas hantar ulang mesej membawa kepada 25 peratus pengurangan pada mesej seumpama itu.

Aplikasi ini juga menggalak orang ramai untuk memaklumkan kandungan yang mencurigakan kepada pertubuhan-pertubuhan pemeriksa fakta dan sudahpun membolehkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pihak berkuasa kesihatan negara untuk berkongsi maklumat yang diyakini tentang virus korona baru dalam perkhidmatan dengan menggunakan akaun automatik. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan