Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WhatsApp digodam: Israel diminta tarik balik lesen pengeksport syarikat keselamatan siber

Kumpulan hak asasi manusia 'Amnesty International' meminta Israel supaya menarik balik lesen pengeksport sebuah syarikat keselamatan siber.

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp digodam: Israel diminta tarik balik lesen pengeksport syarikat keselamatan siber

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 15 May 2019 04:36PM Dikemas Kini : 15 May 2019 04:38PM

WASHINGTON: Kumpulan hak asasi manusia 'Amnesty International' meminta Israel supaya menarik balik lesen pengeksport sebuah syarikat keselamatan siber.

Ini menyusuli insiden penggodaman terbaru yang mendedahkan satu kelemahan pada fungsi panggilan aplikasi WhatsApp di mana ia boleh digunakan untuk memasang perisian intip pada alat-alat mudah alih.

Menurut laporan Financial Times, sebuah syarikat yang berpangkalan di Israel, NSO Group sudahpun menghasilkan sejenis perisian intip yang diberi nama 'Pegasus Spyware'.

Facebook yang memiliki aplikasi kiriman pesanan, WhatsApp, tidak mendedahkan berapa ramai pengguna yang terjejas. Bagaimanapun, ia melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

WhatsApp menggesa para pengguna supaya mengemas kini aplikasi mereka kepada versi terkini sebagai langkah pencegahan. 

Para penggodam dipercayai menggunakan fungsi panggilan suara WhatsApp untuk menghubungi para pengguna.

Sofwe pengintipan tersebut kemudian dipasang meskipun panggilan tidak dijawab. Panggilan itu juga tidak dalam senarai panggilan yang diterima.

Amnesty International mengatakan penggodam menggunakan Pegasus spyware, untuk mengintip kegiatan kumpulan-kumpulan aktivis, wartawan dan lain-lain.

Sekitar 1.5 bilion orang menggunakan khidmat WhatsApp.

Insiden itu merupakan krisis terbaru yang membelenggu syarikat media sosial Facebook yang memiliki WhatsApp. 

Sumber : AFP/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan