Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wawancara santai bersama TMJ dedah keperibadian hidupnya

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menonjolkan sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video wawancara yang dimuat naik ke laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Wawancara santai bersama TMJ dedah keperibadian hidupnya

Petikan skrin video wawancara TMJ. (Gambar: Facebook / JOHOR Southern Tigers)

JOHOR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) menonjolkan sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video wawancara yang dimuat naik ke laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini (4 Jan).

Berpakaian sweater hitam di pejabatnya itu, TMJ, atau nama sebenarnya Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail, menjawab persoalan yang ditujukan wartawan secara terbuka.

TMJ TAK TAKUT HANTU?

Antara soalan yang ditanya adalah sama ada TMJ takut dengan hantu.

"Saya benci kena tekan," kata TMJ.

"Saya duduk istana, rumah dah lama, memang berhantu. Memang keras. Kadang-kadang kena tekan," kongsi TMJ dalam menjawab soalan wartawan.

Namun demikian, beliau turut mengatakan bahawa hantu yang mengganggunya hanya semasa waktu beliau kecil sahaja. Kini, hantu pula takut dihalau keluar dari istana.

"Masa kecil sahaja lah, sekarang 'dia' dah tak tekan lagi. Sekrang dia dah takut. kalau dia tekan sekarang saya dah jadi Tunku Mahkota. Dia takut kalau dia tekan saya, saya halau dia keluar dari rumah saya," kata Tunku sambil berketawa.

Meskipun tampak TMJ tidak takut diganggu hantu, adakah beliau berani tonton cerita seram?

"Aku benci tengok cerita hantu. Kalau tengok cerita hantu mesti nak tutup telinga macam ni dan mata macam ni," kata beliau sambil menutup mata dan kedua-dua jari telunjuk ke dalam telinganya.

Ini kerana, jelas TMJ, beliau "tidak suka terperanjat".

"Kalau bini aku terperanjat aku rasa macam nak cekik dia!"

WARNA, KERETA, HAIWAN, KEGEMARAN TMJ?

Menurutnya lagi dalam video berkenaan, TMJ mengatakan bahawa warna kegemarannya adalah hitam dan firus.

Mengapa hitam? Ditanya wartawan. Jawapan pertama TMJ?

"Pasal hati awak hitam!" kata TMJ secara bergurau.

"Hitam adalah misteri, elegant, class," ujar TMJ.

Dengan puluhan kereta mewah yang dimiliki TMJ, beliau memberikan senarai kereta-kereta kegemarannya apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

"Rolls-Royce, Bugatti Chiro yang baru, Dodge, buat masa ini Hellcat, tetapi on the way Demon."

Motosikal pula, TMJ gemar motosikal besar seperti Harley Davidson, kata beliau dalam video tersebut.

Beralih kepada binatang kesayangannya pula, TMJ memilih harimau dan jerung.

"Jerung kerana dia yang paling champion dalam laut dan harimau paling champion di darat," jelas TMJ.

Champion langit pula?

"Ada yang kata champion helang. Saya tak setuju. Yang champion kapal terbang saya."

MAN U ANTARA PASUKAN BOLA KEGEMARAN SELAIN JDT

Selain daripada Johor Darul Takzim, TMJ mendedahkan bahawa pasukan bola sepak kegemarannya di dalam negeri adalah Selangor.

Di luar negara pula, kata TMJ: "Kalau di England, Manchester United. Kalau di Itali, Juventus. Kalau di Jerman, Borussia Dortmund. Kalau Sepanyol, Barcelona."

Ditanya pula mengenai perancangan JDT pada masa depan, TMJ dengan yakin mengatakan bahawa beliau sudahpun melakukan perancangan sehingga 2020.

"2018 dah, 2019 dah, 2020 dah," kongsi TMJ dengan penuh keyakinan.

TMJ NAK JADI 'HITMAN'?

Ditanya pula soalan apakah pekerjaan TMJ jika beliau bukan Tunku Mahkota.

"Hitman, pembunuh upahan," dedah beliau.

Impiannya pula adalah untuk menjadi kaya.

"Saya nak buat duit. Saya nak kaya betul-betul kaya sampai kalau saya tengok saya nak beli kerajaan Malaysia, kerajaan pun saya beli. Kalau nak beli separuh dunia, separuh dunia pun saya beli," kata TMJ.

Buat 'haters' TMJ pula, atau mereka yang tidak menyukainya, kalau TMJ berjumpa dengan mereka: "Saya hendak letak mereka dalam kandang buaya saya nak tengok berapa laju mereka boleh berenang. Atau boleh ke tidak dia lari atas air."

JDT LEBIH BAIK PADA 2019, MENANG LEBIH BANYAK TROFI

"Pertama sekali kesihatan. Doa untuk kesihatan supaya orang-orang kita sayangi, saya sayangi termasuklah bangsa-bangsa Johor, rakyat-rakyat Johor sihat wal afiat.

"Berjaya dalam apa saja jua, apa saja benda yang kita inginkan,"

Azam TMJ bukan sampai di situ saja. Beliau turut berazam pasukan bolanya, JDT memenangi liga buat lima tahun berturut-turut.

"Saya nak buatkannya lebih banyak duit dari segi komersil, perniagaan. Saya excited untuk tahun 2019 kerana saya tahu JDT akan jadi lagi kuat pada 2019 kerana mutu dan tahap yang berbeza kerana pemain yang akan ada dalam pasukan."

Impiannya untuk JDT pula: "Saya nak Johor menang lagi banyak trofi. Saya tak nak berhenti di sini. Saya nak orang kenal kejayaan Johor di dalam dan luar padang."

Sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), beliau berkata "presiden FAM ini tiada azam."

"Saya presiden yang akan cuba cari duit untuk pasukan-pasukan lain supaya mereka boleh bertanding tanpa beban yang banyak sangat.

"Cuba betul structure dan cuba bantu apa yang boleh buat untuk pasukan kebangsaan. Lepas itu harap-harap ada satu presiden Superman untuk jadi presiden FAM kerana saya tidak lama."

Dengan itu, TMJ turut mendedahkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai presiden FAM pada 2018 ataupun 2019.

"Lagi cepat, lagi baik," kata beliau lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan