Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Washington mungkin timbang langkah boikot Olimpik Beijing 2022

Washington mungkin menimbangkan langkah memboikot acara sukan Olimpik musim salji di Beijing tahun depan, bersama sekutu-sekutu antarabangsanya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Washington mungkin timbang langkah boikot Olimpik Beijing 2022

Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 05:42PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 05:45PM

WASHINGTON: Washington mungkin menimbangkan langkah memboikot acara sukan Olimpik musim salji di Beijing tahun depan, bersama sekutu-sekutu antarabangsanya.

Bagaimanapun Jabatan Negara Amerika menyatakan belum ada perbincangan mengenainya.

Ini menyusuli keprihatinan dan tekanan yang kian meningkat berhubung pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di China.

Tindakan memboikot acara sukan tersebut tidak sama dengan menarik diri daripada menyertainya.

Boikot secara diplomatik bermakna mengambil langkah-langkah untuk tidak memberi penghormatan sewajarnya kepada Beijing selaku tuan rumah.

Ini termasuk tidak menghantar wakil-wakil pemerintah ke acara tersebut.

Ia disifatkan sebagai langkah yang kurang drastik berbanding melakukan boikot para atlit mahupun dari segi ekonomi.

Langkah tersebut dibuat sedang Amerika mengenakan sekatan terhadap para pegawai China.

Washington berulang kali menuduh pemerintah China melakukan pencabulan hak asasi manusia, dakwaan yang disangkal China sebagai satu pembohongan. 

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan