Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wartawan TVS bersiaran dari rumah; bilik berita ditutup dek COVID-19

Wartawan penyiaran TV Sarawak (TVS) akan menyampaikan berita dari rumah masing-masing pada pukul 8.00 malam ini berikutan penutupan sementara bilik berita stesen televisyen itu akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Wartawan TVS bersiaran dari rumah; bilik berita ditutup dek COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 06:05PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 06:09PM

KUALA LUMPUR: Wartawan penyiaran TV Sarawak (TVS) akan menyampaikan berita dari rumah masing-masing pada pukul 8.00 malam ini berikutan penutupan sementara bilik berita stesen televisyen itu akibat COVID-19.

Berita itu akan disampaikan oleh Steward Dawi, Priscilla John, Nur Suhaida, Connie Grace dan ramai lagi.

“Terima kasih kepada teknologi. Penutupan sementara bilik berita TVS akibat COVID-19 tidak mematahkan semangat para kakitangan kami. Berita dan penerbitan program mesti diteruskan. Bagaimanapun, ia harus dilakukan di tempat yang selamat, di mana lagi kalau bukan di rumah sendiri,” menurut TVS dalam kenyataannya hari ini (18 Apr).

Turut menyampaikan berita secara maya ialah Encik Khairil Zharif Affindie yang disahkan positif COVID-19 yang akan bersiaran dari pusat kuarantin khas.

Ketua Pegawai Eksekutif TVS Suhaimi Sulaiman yang juga pada satu ketika dulu adalah seorang penyampai berita, akan turut sama bersiaran dari rumahnya.

“COVID-19 bukan alasan untuk kita berkarya, penonton mahukan berita terkini. Kita perlu jadi penyiar yang kreatif,” katanya.

Encik Suhaimi berkata selaras dengan misi stesen televisyen itu untuk menyampaikan bahan tontonan yang segar dan memberi inspirasi kepada semua, TVS akan terus memberikan penonton program berinformasi dan menghiburkan dan paling penting perlu berfikir secara terbuka untuk menyelesaikan masalah.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan