Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wartawan Saudi hilang selepas masuk bangunan konsulat Saudi di Istanbul

Arab Saudi akan membenarkan pihak Turki memasuki bangunan konsulatnya di bandar Istanbul untuk mencari seorang wartawan Saudi yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu (5 Sep) setelah memasuki bangunan tersebut untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wartawan Saudi hilang selepas masuk bangunan konsulat Saudi di Istanbul

Satu kereta meninggalkan konsulat Arab di Istanbul. (Gambar: Osman Orsal/Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 06:31PM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 06:34PM

ISTANBUL: Arab Saudi akan membenarkan pihak Turki memasuki bangunan konsulatnya di bandar Istanbul untuk mencari seorang wartawan Saudi yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu (5 Sep) setelah memasuki bangunan tersebut untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya.

Dalam wawancara dengan Bloomberg, Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, mendedahkan bahawa wartawan yang dikenali sebagai Jamal Khashoggi, meninggalkan bangunan tersebut tidak lama setelah memasukinya.

Encik Khashoggi sebelum ini mengkritik kerajaan Saudi kerana terlibat dalam peperangan di Yaman dan usaha menangani kumpulan penentang di Riyadh.

Beliau meninggalkan Saudi tahun lalu dan menetap di Washington kerana bimbang dikenakan tindakan atas kritikannya itu.

Kehilangan beliau mencetuskan satu tunjuk perasaan yang menuduh kerajaan Saudi menahan wartawan Khashoggi, sekaligus menegangkan lagi hubungan antara Saudi dengan Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata beliau percaya, Encik Khashoggi masih berada di dalam bangunan konsulat Saudi itu.

Pihak konsulat bagaimanapun menafikannya dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Turki untuk mencari Encik Khashoggi.

Sumber : Reuters/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan