Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wartawan S'pura, M'sia yang dipenjara di Myanmar mungkin dibebaskan bulan depan

Rakyat Singapura dan Malaysia itu sebelum ini berdepan tuduhan tambahan mencabuli undang-undang import-eksport dan imigresen Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Wartawan S'pura, M'sia yang dipenjara di Myanmar mungkin dibebaskan bulan depan

Wartawan Singapura yang ditangkap di Myanmar. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 26 Dec 2017 10:16PM Dikemas Kini : 26 Dec 2017 10:18PM

MYANMAR: Dua wartawan rakyat Singapura dan Malaysia yang kini meringkuk di penjara Myanmar mungkin dibebaskan pada awal bulan depan apabila selesai menjalani hukuman penjara dua bulan.

Ini berikutan keputusan polis Myanmar yang menggugurkan tuduhan-tuduhan tambahan terhadap mereka - Lau Hon Meng dari Singapura dan Mok Choy Lin wanita Malaysia.

Mereka serta dua rakyat Myanmar ditangkap pada Oktober lalu semasa membuat rakaman bagi satu dokumentari di ibu kota Naypyidaw.

Semasa perbicaraan mereka mengaku bersalah menggunakan dron untuk menggambil gambar berhampiran bangunan parlimen.

Rakyat Singapura dan Malaysia itu sebelum ini berdepan tuduhan tambahan mencabuli undang-undang import-eksport dan imigresen Myanmar.

Namun para peguam mereka mengatakan bahawa polis membuat keputusan menggugurkannya kerana mereka dianggap tidak mengancam keselamatan negara Myanmar.

Sumber : AFP/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan