Wartawan, kumpulan hak asasi tunjuk perasaan bantah keputusan pemerintah
Para wartawan dan kumpulan-kumpulan hak asasi di Filipina melancarkan tunjuk perasaan menuntut kebebasan media di Quezon City, dekat Manila.
FILIPINA: Para wartawan dan kumpulan-kumpulan hak asasi di Filipina melancarkan tunjuk perasaan menuntut kebebasan media di Quezon City, dekat Manila.
Diketuai Kesatuan para wartawan kebangsaan Filipina, tunjuk perasaan itu sebagai membantah keputusan pemerintah menarik balik lesen Rappler, sebuah rangkaian berita online.
Pemerintah Manila dilaporkan bertindak demikian disebabkan isu pemilikan asing.
Bagaimanapun kumpulan-kumpulan wartawan Filipina mendakwa tindakan itu bertujuan menangkis kritikan terhadap pemerintah dan sebahagian taktik menakut-nakutkan media.
Rappler sudah membuat beberapa liputan yang mengkritik pemerintah,
termasuk kempen anti dadah yang dilaksanakan Presiden Rodrigo Duterte.
Bagaimanapun pihak berkuasa menegaskan, hakikat bantahan ini dibiarkan berlaku adalah bukti tiada dasar menindas hak kebebasan bersuara di negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.