Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga tua ditemui mati ditikam, usus terburai & kemaluan dipotong

Seorang warga emas di Indonesia ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kesan tikaman pada perut sehingga ususnya terburai dan kemaluan yang sudah dipotong.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga tua ditemui mati ditikam, usus terburai & kemaluan dipotong

Gambar hiasan. (Gambar: ROBERTO SCHMIDT / AFP)

Diterbitkan : 04 May 2018 09:07PM Dikemas Kini : 04 May 2018 09:08PM

JEMBER: Seorang warga emas di Indonesia ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kesan tikaman pada perut sehingga ususnya terburai dan kemaluan yang sudah dipotong.

Polis Daerah Mumbulsari, AKP Heri Supadmo memberitahu Detik.com, mangsa bernama Mail, 65 tahun, itu dijumpai oleh anak perempuannya semasa beliau mahu membuang sampah di belakang rumah.

"Mangsa dijumpai dalam lubang sampah yang dalamnya antara 75 sentimeter dengan satu meter," tambah AKP Heri.

Mail, menurut AKP Heri, mengalami luka pada leher, perut dan bahagian kemaluan. Perut Mail ditikam sehingga ususnya terburai.

Menurut anggota keluarganya, Mail dijumpai dalam keadaan masih hidup dan dikejarkan ke sebuah hospital. Namun disebabkan cedera parah, Mail meninggal dunia sebaik sahaja sampai, lapor Detik.com.

Menurut AKP Heri, pihaknya menemui senjata seakan kerambit serta cebisan kemaluan mangsa yang dipotong di tempat kejadian.

Setakat ini, pihak polis masih lagi dalam proses menyoal siasat penduduk sekitar bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Walaupun sudah berusia, Mail dilaporkan masih sihat dan setiap hari berniaga makanan di warung berhampiran rumahnya, lapor Detik.com

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan