Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga S'pura sumbang lebih 64 kambing untuk ibadah korban di Batam

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, rakyat Singapura tidak melepaskan peluang melaksanakan ibadah korban di Kota Batam, Kepulauan Riau pada Ahad (11 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura sumbang lebih 64 kambing untuk ibadah korban di Batam

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 11:55PM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 12:03AM

BATAM: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, rakyat Singapura tidak melepaskan peluang melaksanakan ibadah korban di Kota Batam, Kepulauan Riau pada Ahad (11 Ogos).

"Selain menyaksikan pawai takbir, mereka juga ke Batam untuk melaksanakan ibadah korban," menurut ketua Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Batam, Ardiwinata.

Para pelancong dari Singapura itu datang dalam rombongan yang dirancang oleh ejen pelancongan.

Berdasarkan data yang dihimpun pihak berkuasa Batam, sekurang-kurangnya 64 ekor kambing dikorbankan oleh rakyat Singapura di Batam.

Para peloncang dari Singapura juga mendermakan beras kepada para penduduk di Pulau Akar dan Pulau Panjang.

Menurut Encik Ardi, setiap tahun memang ramai rakyat Singapura yang melaksanakan ibadah korban di Batam.

Namun tahun ini lebih ramai yang melakukannya, kerana Hari Raya Aidiladha berdekatan dengan cuti Hari Kebangsaan Singapura, sekali gus memberi mereka cuti hujung minggu panjang dari Jumaat (9 Ogos hingga 12 Ogos) dan peluang untuk ke luar negara.

"Mereka mendapat cuti selama empat hari, dan bertepatan dengan Hari Raya Korban. Jadi lebih ramai yang datang," katanya.

Menurut Persatuan Hotel dan Restoran Kota Batam Kepulauan Riau (PHRI), penginapan di kota Batam sudah penuh. Malah, jumlah penghuni meningkat sebanyak 90 peratus.

"Kebanyakan hotel di Nagoya Jodoh penuh. Untuk yang di pinggiran seperti di wilayah Batuaji... hunian sampai 70 persen," kata Ketua PHRI Batam, Encik Mansur. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan