Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga S'pura layak dapat visa kunjungan berulang ke Arab Saudi, boleh lakukan umrah

Warga Singapura, Brunei dan Malaysia yang sudah lengkap divaksinasi antara rakyat 49 negara yang layak mohon visa kunjungan 90 hari ke Arab Saudi, yang membolehkan mereka tunaikan umrah.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura layak dapat visa kunjungan berulang ke Arab Saudi, boleh lakukan umrah

(Gambar: AFP/Fayez Nureldine)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 11:38AM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 11:42AM

RIYADH: Rakyat Singapura akan layak memohon visa khas ke Arab Saudi yang membolehkan mereka menghabiskan sehingga 90 hari di negara Timur Tengah itu dan menunaikan umrah selain kegiatan pelancongan lain.

Laman Saudi Gazette melaporkan pada Selasa (3 Ogos), visa elektronik itu, yang boleh dimohon oleh warga 49 negara termasuk Brunei Darussalam dan malaysia, sah selama setahun dan proses permohonannya kini dipermudahkan.

Ini menyusuli langkah Arab Saudi membuka sempadannya bagi negara-negara terpilih itu setelah sekitar setahun setengah penularan pandemik COVID-19.

Antara syarat mendapatkan visa pelancongan itu dan kemasukan ke Arab Saudi termasuk mendapatkan vaksinasi penuh menggunakan salah satu vaksin yang diiktiraf negara itu. Pengunjung juga perlu menunjukkan keputusan ujian PCR yang negatif dalam tempoh 72 jam sebelum masa keberangkatan dan pendaftaran di portal Muqeem.

Pelancong dan pengunjung yang merupakan warga 49 negara terpilih layak untuk memohon e-visa itu. Mereka boleh menunaikan umrah selain menikmati pelbagai kegiatan pelancongan yang ditawarkan Arab Saudi, lapor Saudi Gazette.

Berikut adalah negara-negara yang layak mendapatkan visa pelancongan tersebut: Amerika Syarikat, Kanada, Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Belanda, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Montenegro, Norway, Poland, Portugal, Romania, Rusia, San Marino, Slovakia, Slovenia, Ukraine, United Kingdom, Switzerland, San Marino, Spain, Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), serta Jepun, Kazakhstan, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Oceania, Australia dan New Zealand.

Menukil kenyataan Kementerian Pelancongan Arab Saudi Khamis lalu (29 Jul), Saudi Gazette melaporkan mereka yang diiktiraf negara itu sebagai sudah selesai vaksinasi adalah mereka yang mendapatkan dua dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Moderna, atau satu dos vaksin Johnson & Johnson.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan