Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga S'pura dinasihati tangguhkan perjalanan ke Sri Lanka: MFA

Kementerian Luar (MFA) menasihati rakyat tempatan supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak perlu ke Sri Lanka.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura dinasihati tangguhkan perjalanan ke Sri Lanka: MFA

Siri serangan letupan menyasarkan gereja-gereja dan hotel-hotel mewah berlaku di Colombo pada 21 April 2019. (Gambar: Jewel SAMAD/AFP)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 12:00AM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 12:01AM

SINGAPURA: Kementerian Luar (MFA) menasihati rakyat tempatan supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak perlu ke Sri Lanka.

MFA juga menasihati rakyat Singapura yang sudah berada di Sri Lanka supaya terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan. Ia termasuk mengikuti berita dengan teliti serta mematuhi amaran pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, mereka dinasihati supaya mengelakkan tempat-tempat awam yang dikunjungi ramai orang serta terus menghubungi keluarga dan rakan-rakan mereka.

Menurut MFA lagi, mereka yang sudah berada di Sri Lanka seharusnya membeli insurans perjalanan yang memberi perlindungan menyeluruh.

Ia juga mengalakkan rakyat Singapura supaya mendaftar dengan MFA menerusi wadah online, eRegister dan minta bantuan, jika memerlukannya. 

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan