Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Muslim dididik, bukan dianiaya, kata pegawai China

China tidak menindas warga Muslim di wilayah Xinjiang tetapi sebilangan daripada mereka sedang menjalani kursus-kursus latihan untuk membanteras fahaman pelampau daripada merebak.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Muslim dididik, bukan dianiaya, kata pegawai China

Gambar fail dipetik pada 2011 menunjukkan lelaki Uighur di Xinjiang (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 10:46PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 12:16AM

GENEVA: China tidak menindas penduduk Muslim di wilayah Xinjiang tetapi sebilangan daripada mereka sedang menjalani kursus-kursus latihan untuk membanteras fahaman pelampau daripada merebak.

Demikian menurut seorang pegawai China kepada para wartawan pada Khamis (13 Sep). Beliau turut berkata Eropah sebaliknya gagal menangani masalah fahaman pelampau.

Laporan berkenaan penahanan beramai-ramai kaum etnik Uighur dan penduduk etnik Muslim lainnya di barat China mencetuskan kemarahan antarabangsa, sehingga mendorong pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempertimbangkan sekatan ke atas para pegawai dan syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku hak asasi manusia.

"Ia bukan penindasan," kata Li Xiaojun, pengarah publisiti di Biro Ehwal Hak Asasi di Pejabat Penerangan Majlis Negara. "Apa yang China sedang lakukan adalah menubuhkan pusat latihan profesional, pusat pendidikan."

"Jika ini bukan cara terbaik, mungkin ia cara yang perlu untuk menangani fahaman pelampau Islam atau agama lain, kerana Barat gagal menangani fahaman pelampau agama. Lihat di Belgium, di Perancis, lihat di sesetengah negara Eropah. Anda sudah gagal."

Menurutnya pusat-pusat pendidikan China bukan "pusat tahanan atau kem didikan semula", yang beliau sifatkan sebagai "produk Eropah Timur yang terkenal", merujuk kepada kem-kem penahanan Soviet Gulag semasa Perang Dingin.

"Senang kata, ia seperti latihan kejuruan... seperti anak-anak anda pergi ke sekolah vokasional untuk memperoleh kemahiran lebih baik dan pekerjaan lebih baik selepas tamat sekolah.

"Tapi pusat-pusat latihan dan pendidikan ini hanya mengambil orang buat masa singkat - ada yang lima hari, ada tujuh hari, 10 hari, sebulan, dua bulan."

Islam tambah Li agama yang baik dari sudut pandangan China, namun pelampau agama adalah seteru manusia sejagat.

"Mereka adalah anasir jahat. Anda boleh lihat di Afghanistan, di Syria, di Pakistan, di Iraq dan banyak negara lain." 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan