Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga M'sia, peniaga, digesa pulaukan produk Israel

Parti Ekonomi Rakyat Malaysia akan melancarkan kempen bagi menggesa para peniaga dan orang awam supaya memulaukan produk-produk Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia, peniaga, digesa pulaukan produk Israel

Gambar hiasan kawasan di sekitar Baitulmakdis. (Gambar: THOMAS COEX/AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 07:44PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:27PM

KUALA LUMPUR: Parti Ekonomi Rakyat Malaysia akan melancarkan kempen bagi menggesa para peniaga dan orang awam supaya memulaukan produk-produk Israel.

Langkah itu bagi membantah keputusan Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Parti tersebut mengatakan ia akan membahagi-bahagikan risalah kepada para peniaga mengenai senarai produk yang harus dipulaukan.

Sebelum ini, parti tersebut bersama oleh dua NGO telah menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

Sementara itu laman web Coca Cola di UK menafikan syarikatnya memindahkan dana untuk menyokong pasukan bersenjata di israel atau "menyebelahi sebarang negara" di mana-mana tempat di dunia, termasuk Timur Tengah.

Sebelum ini, McDonald's Malaysia juga mengeluarkan kenyataan menyangkal sebarang kaitan dengan Israel.

Ini selepas bantahan-bantahan dan gesaan bertambah luas di media sosial agar rakyat Malaysia memulaukan produk Israel. 

Sumber : Agensi berita/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan