Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga M'sia ditemui mati ditembak di Sungai Golok

Seorang rakyat Malaysia ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di hadapan sebuah tanah perkuburan di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand awal pagi tadi (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia ditemui mati ditembak di Sungai Golok

Seorang lelaki rakyat M'sia ditemui mati ditembak di Narathiwat pada 27 Okt 2019 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Oct 2019 04:59PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 05:04PM

NARATHIWAT: Seorang rakyat Malaysia ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di hadapan sebuah tanah perkuburan di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand awal pagi tadi (27 Okt).

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi (waktu tempatan), mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Faisal, 28 tahun, dari Rantau Panjang, Kelantan dipercayai ditembak selepas bertengkar dengan sekumpulan lelaki.

Penolong Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Kapt Pol. Jaturon Thongkliang berkata lima das tembakan dari jarak dekat dilepaskan ke bahagian kepala, muka, dada dan kaki mangsa.

“Polis menemui lima kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kapt Pol Jaturon berkata mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat dan pihak polis turut menghubungi waris mangsa.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian mangsa pernah bertengkar dengan lima lelaki berhampiran tempat kejadian.

“Saksi memberitahu bahawa mangsa cuba melarikan diri dari buruan lima lelaki tersebut. Dua daripada mereka melepaskan tembakan ke arah mangsa sehingga menyebabkannya rebah.

“Lima lelaki itu melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal,” katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan