Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Jepun berusia 112 tahun diiktiraf lelaki tertua dunia

Seorang lelaki warga Jepun berusia 112 tahun yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia mengatakan, senyuman adalah kunci bagi usia panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Jepun berusia 112 tahun diiktiraf lelaki tertua dunia

Chitetsu Watanabe, yang dilahirkan pada 5 Mac 1907 di Tokyo, diberikan pengiktirafan sebagai lelaki tertua di dunia. (Gambar: Guinness World Records LTD/Jiji Press/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 10:05AM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 10:10AM

TOKYO: Seorang lelaki warga Jepun berusia 112 tahun, yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia, mengatakan senyuman adalah kunci bagi usia panjang.

Chitetsu Watanabe, yang dilahirkan pada 5 Mac 1907 di Niigata di bahagian utara Tokyo, secara rasmi diberikan pengiktirafan itu di sebuah rumah jagaan di bandar tersebut, menurut Guinness World Records pada Rabu (12 Feb).

Pemegang rekod bagi lelaki tertua di dunia sebelum ini ialah Masazo Nonaka, yang juga merupakan seorang warga Jepun.

Beliau meninggal dunia pada bulan lalu pada usia 112 tahun dan 266 hari.

Encik Watanabe, yang sudah berumahtangga dan mempunyai lima orang anak, berkata rahsia bagi usia yang panjang adalah "jangan marah dan sentiasa senyum".

Encik Watanabe mengakui beliau gemar manisan seperti puding kastard.

Manusia tertua yang masih hidup juga ialah seorang warga Jepun, iaitu seorang wanita berusia 117 tahun yang dikenali sebagai Kane Tanaka.

Menurut Guinness, manusia tertua yang pernah disahkan ialah Jeanne Louise Calment, seorang warga Perancis, yang meninggal dunia pada 1997 pada usia 122 tahun. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan