Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Warga Indonesia, Malaysia pilih cara selamat namun bergaya dengan beraneka corak pelitup

Pelitup muka kian popular sebagai hiasan diri dalam kalangan warga Indonesia dan Malaysia yang ingin bergaya meskipun ketika menggunakan perlindungan kesihatan itu di tengah-tengah pandemik global COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang tanda akan beredar dalam waktu terdekat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Indonesia, Malaysia pilih cara selamat namun bergaya dengan beraneka corak pelitup

(Gambar: Reuters/Ajeng Dinar Ulfiana)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 12:36AM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 12:37AM

JAKARTA: Pelitup muka kian popular sebagai hiasan diri dalam kalangan warga Indonesia dan Malaysia yang ingin bergaya meskipun ketika menggunakan perlindungan kesihatan itu di tengah-tengah pandemik global COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang tanda akan beredar dalam waktu terdekat ini.

Pelitup yang ditempah khas semakin popular di Indonesia, dengan para pelanggan menempah rekaan yang memaparkan wajah mereka sendiri dicetak di bahan neoprena yang boleh dipakai semula. Ia termasuk wajah senyuman atau bibir merah besar, seperti yang dihasilkan khas untuk Heni Kusmijati, 46 tahun.

"Apabila orang ramai melihat kami, mereka kelihatan seakan terpinga-pinga mengapa kami sedang senyum dan ketawa," katanya.

Sebuah kedai pencetakan di Jakarta kini mengeluarkan pelitup selepas penjualannya merosot akibat virus korona, yang sudah menjangkiti lebih 50,000 rakyat Indonesia dan meragut 2,620 nyawa.

Para pelanggan membuat tempahan online dan memuat naik gambar mereka. Penghasilan pelitup mengambil masa 30 minit dan setiap pelitup berharga 50,000 rupiah (S$4.90). Pendapatan tersebut telah membantu perniagaan Nicholas Septian Sugandi untuk bertahan.

"Pada mulanya, kami ragu-ragu," menurutnya mengenai menghasilkan pelitup. "Namun kemudian, permintaan meningkat, dan ia membantu kami memulihkan kerugian perniagaan."

Idea-idea serupa muncul di merata Asia Tenggara, seperti seorang pencipta kesan khas warga Filipina, yang kehilangan pekerjaan dan kini menghasilkan pelitup-pelitup menggerunkan dan seorang ibu tunggal warga Thailand yang mereka pelitup dengan cetakan kartun dan watak filem.

Corak batik popular di Malaysia, di mana pemakaian pelitup tidak diwajibkan tetapi sering mendapat permintaan dari syarikat perniagaan. Malaysia sudah melaporkan hampir 8,600 kes COVID-19 dan 121 kematian.

Pereka tekstil dari Malaysia Encik Hafiz Drahman menghasilkan pelitup yang diperbuat daripada kain kapas yang turut memuatkan kocek tambahan bagi menyelitkan penapis, yang direka menggunakan kain-kain dalam simpanannya.

"Saya mula melihat satu peluang baru dalam menghasilkan pelitup batik kerana pada masa itu, kami diarahkan untuk memakai pelitup muka bagi keselamatan diri," kata Encik Hafiz di bengkelnya di Shah Alam. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan