Images
  • jakarta covid
    Orang ramai menaiki kereta api semasa pelaksanaan sekatan berskala besar oleh pemerintah Indonesia untuk membendung penularan COVID-19 di Jakarta. (Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Warga Indonesia diberi peringatan keras jangan mudik menjelang Hari Raya ini

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran keras terhadap rakyat negara itu yang tetap merancang melakukan mudik atau balik kampung menjelang Hari Raya ini.

Pemerintah Indonesia melarang tradisi tahunan itu dilakukan tahun ini bagi membendung penularan COVID-19.

Namun masih ada juga ramai penduduk sudah atau merancang melakukan Mudik Lebaran itu.

Pihak berkuasa memberi amaran mereka yang berkenaan boleh dikenakan denda atau dihukum penjara kerana melanggar undang-undang kuarantin kesihatan.

Pada tahun-tahun yang lalu lebih 23 juta rakyat Indonesia terutamanya di bandar-bandar besar pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Indonesia hari ini (15 Mei) melaporkan 490 kes baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhannya hampir 16,500.

33 lagi pesakitnya meninggal dunia.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

- Agensi berita/MU/tq

Top