Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas 74 tahun maut, terperangkap di bilik air semasa kebakaran

Seorang lelaki warga emas maut, manakala tujuh anggota keluarga termasuk isterinya terselamat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah rumah banglo dua tingkat di Kampung Selamat pada malam Rabu (20 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas 74 tahun maut, terperangkap di bilik air semasa kebakaran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 May 2020 12:16PM Dikemas Kini : 21 May 2020 12:18PM

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut, manakala tujuh anggota keluarga termasuk isterinya terselamat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah rumah banglo dua tingkat di Kampung Selamat pada malam Rabu (20 Mei).

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Zahar Abdullah berkata mangsa, Encik Yusuf Hassan, 74, dipercayai maut akibat terhidu asap tebal selepas terperangkap di dalam bilik air ketika kebakaran itu.

Beliau berkata tujuh lagi anggota keluarga termasuk isteri mangsa, Cik Natrah Che Mat, 68, dan empat kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu bagaimanapun selamat, namun sebahagian daripada mereka melecur ringan di beberapa anggota badan.

“Mayat mangsa, ditemukan dalam bilik air tingkat bawah rumah itu. Kebakaran dipercayai bermula sekitar 11.45 malam di tingkat bawah rumah, dengan jumlah kemusnahan dianggarkan sebanyak 40 peratus," katanya semasa dihubungi Bernama.

Encik Mohd Zahar berkata 18 anggota bomba yang diketuai seorang pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dikejarkan ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api pada pukul 12.12 tengah malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan