Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga asing boleh mohon masuk negara jika pasangan sakit, kata Menteri Kanan M'sia

Warga asing boleh memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk masuk ke negara ini jika mempunyai pasangan warganegara Malaysia yang sedang sakit atau berlaku kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga asing boleh mohon masuk negara jika pasangan sakit, kata Menteri Kanan M'sia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 10:31AM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 10:37AM

PUTRAJAYA: Warga asing boleh memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk masuk ke negara ini jika mempunyai pasangan warganegara Malaysia yang sedang sakit atau berlaku kematian.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu terpakai kepada semua individu warganegara asing termasuk yang memiliki visa pasangan.

Encik Ismail Sabri berkata mereka boleh berbuat demikian dengan syarat mengemukakan bukti daripada hospital mengenai keadaan pasangan. 

“Kalau yang memegang visa pasangan mereka terus boleh masuk ke negara kita. Kalau mereka tak mempunyai visa pasangan, mereka masih boleh memohon ke Jabatan Imigresen kalau ada kematian atau sakit.

“Hanya perlu kemukakan bukti kalau isteri (atau suami) sakit, ada bukti daripada hospital yang mengatakan isteri (atau suami) benar-benar dirawat dan dalam keadaan kritikal, dan saya rasa tak ada isu pasangan warga kita, terutamanya di Singapura untuk pulang ke Malaysia kerana pasangan mereka sakit,” katanya.

Sebuah portal berita pada Khamis melaporkan seorang suami warga Singapura merayu kepada Putrajaya supaya membenarkannya masuk ke Malaysia untuk menemui isterinya yang kini uzur.

Pasangan itu terpisah selepas pihak berkuasa di kedua-dua belah tambak Johor melarang perjalanan keluar masuk antara kedua-dua negara untuk mengekang wabak COVID-19. 

Sumber : Bernama/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan