Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga AS dipenjara di Iran, dituduh cuba bawa keluar 4,500 dokumen

Televisyen rasmi Iran menayangkan video seorang penuntut pos siswazah warga Amerika yang berbangsa Cina, sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2017 08:59PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 10:42PM

DUBAI: Televisyen rasmi Iran menayangkan video seorang penuntut pos siswazah warga Amerika yang berbangsa Cina, sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Wang Xiyue sedang menjalankan kajian mengenai kerajaan Qajar di Iran apabila dia ditangkap pihak berkuasa Iran.

Wang dituduh cuba mengambil kira-kira 4,500 dokumen keluar daripada Iran bagi kajiannya tentang Kerajaan Qajar yang pernah menjajah Iran dari hujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20, menurut pegawai Universiti Princeton.

Khamis lalu (23 Nov), sebuah video mengenai seorang warga Britain Nazanin Zaghari-Ratcliffe, juga ditayangkan.

Zaghari-Ratcliffe sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan merancang menggulingkan pemerintah Iran.

Video-video berkenaan ditayangkan sedang Britain menimbangkan bayaran lebih AS$500 juta (S$ 670 juta) kepada Iran berhubung satu perjanjian menjual senjata sebelum 1979.

Pihak berkuasa di London dan Tehran menolak dakwaan bahawa bayaran itu mempunyai kaitan dengan penangkapan Zaghari-Ratcliffe. Namun, bayaran serupa juga pernah dibuat Amerika Syarikat selepas Iran membebaskan empat warga Amerika pada 2016. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan