Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga AS berdepan 140 tahun penjara atas ancaman bunuh Trump

Seorang lelaki didakwa di Amerika Syarikat selepas para pendakwa mengatakan bahawa dia mengancam untuk membunuh Presiden Donald Trump serta menghantar ancaman bom dan surat mengandungi serbuk putih mencurigakan kepada beberapa orang lain, menurut dokumen mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga AS berdepan 140 tahun penjara atas ancaman bunuh Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 13 May 2019 12:24PM Dikemas Kini : 13 May 2019 12:27PM

CONNECTICUT: Seorang lelaki didakwa di Amerika Syarikat selepas para pendakwa mengatakan bahawa dia mengancam untuk membunuh Presiden Donald Trump serta menghantar ancaman bom dan surat mengandungi serbuk putih mencurigakan kepada beberapa orang lain, menurut dokumen mahkamah.

Gary Gravelle, 51 tahun, didakwa atas 16 tuduhan termasuk mengancam Encik Trump pada September 2018 dengan mengirimkan sampul surat mengandungi serbuk putih dan mesej bertulis "Mati Kamu".

Menurut dokumen pendakwaan, dia juga menghantarkan sampul surat yang serupa kepada sebuah saumaah, masjid dan Persatuan Kebangsaan untuk Kemajuan Orang Kulit Berwarna (NAACP).

Nota tersebut mendakwa serbuk berkenaan adalah biotoksin namun ia didapati sebagai bahan yang tidak berbahaya, kata para pegawai.

Gravelle juga menghantar emel dan membuat panggilan telefon, mengancam untuk meledakkan bom di Vermont, Washington dan beberapa tempat di Connecticut termasuk bangunan pemerintah serta kemudahan kesihatan mental.

Jika sabit kesalahan bagi kesemua 16 tuduhan, dia boleh dipenjarakan sehingga 140 tahun.

Sebelum ini, Gravelle pernah dijatuhi hukuman pada 2013 kerana menghantar pesanan bersifat ancaman dan dibebaskan di bawah pengawasan persekutuan sehingga penangkapannya tahun lalu bagi tuduhan-tuduhan baru. Demikian menurut kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat John Durham pada Jumaat (10 Mei).  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan