Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Amerika bunuh bekas isterinya dikenakan hukuman gantung

Mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman gantung ke atas seorang warga Amerika pada Selasa (4 Sep) setelah mendapatinya bersalah atas membunuh bekas isterinya, menurut peguamnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Amerika bunuh bekas isterinya dikenakan hukuman gantung

Peguam K.A. Ramu. (Gambar: Yam G-Jun/AP)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 04:56PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 04:59PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman gantung ke atas seorang warga Amerika pada Selasa (4 Sep) setelah mendapatinya bersalah atas membunuh bekas isterinya, menurut peguamnya.

Gerald Wayne Mickelson, 63 tahun, dituduh mencekik Guilda Mickleson, 62 tahun semasa satu pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada November 2016.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Mickleson bahawa dia berbuat demikian bagi mempertahankan dirinya, menurut peguam K.A. Ramu kepada Reuters.

Hakim tersebut menukil laporan seorang ahli patologi yang mendapati bahawa mangsa meninggal dunia akibat "tekanan kuat di bahagian lehernya", kata Encik Ramu.

Menurut Encik Ramu, anak guamnya bercadang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Mickelson, yang bekerja di sebuah firma perhubungan di Malaysia, sedang merancang untuk berpindah ke Filipina dengan isteri barunya, seorang warga Filipina, kata Encik Ramu.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan