Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita warga M'sia mengaku bersalah peras wang pasangan Australia

Seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan selepas melakukan ugutan terhadap sepasang suami isteri yang kehilangan telefon bimbit di Melbourne mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Melbourne Isnin lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita warga M'sia mengaku bersalah peras wang pasangan Australia

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 11:22AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 11:26AM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan selepas melakukan ugutan terhadap sepasang suami isteri yang kehilangan telefon bimbit di Melbourne mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Melbourne Isnin lalu.

Siti Nurhidayah Kamal, 24 tahun, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap pasangan Jay dan Dee Windross.

Pasangan tersebut sebelum ini dikatakan hilang telefon bimbit mereka di sebuah pasar raya yang mengandungi gambar-gambar berharga bayi mereka yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia, lapor Astro Awani.

Mereka kemudiannya mengiklankan kehilangan tersebut di laman sosial.

Astro Awani melaporkan bahawa warga Malaysia itu dipercayai meminta wang berjumlah AUS$1,000 (S$942) bagi menyerahkan telefon bimbit pasangan tersebut yang kononnya berada dalam simpanannya.

Bagimanapun pasangan tersebut menyedari bahawa wanita berkenaan tidak memiliki telefon berkenaan dan berasa tertipu sebelum membuat aduan polis.

Polis Melbourne kemudian menahan wanita berkenaan dan tidak membenarkan sebarang jaminan terhadapnya, menurut Astro Awani lagi.

Wanita terbabit juga dilaporkan mempunyai beberapa rekod jenayah penipuan membabitkan tiket penerbangan di Malaysia.

Nurhidayah akan kembali ke mahkamah untuk keputusan hukuman pada tarikh yang masih belum ditetapkan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan