Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita warga Australia didakwa cemari buah strawberi dengan jarum

Seorang wanita berusia 50 tahun akan dihadapkan ke mahkamah setelah polis mendakwanya mencemari buah-buah strawberi dengan jarum. Ia mencetuskan salah satu kebimbangan sabotaj makanan terbesar di Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita warga Australia didakwa cemari buah strawberi dengan jarum

Gambar fail. (Gambar: David Gray)

Diterbitkan : 12 Nov 2018 12:36PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 12:39PM

SYDNEY: Seorang wanita berusia 50 tahun akan dihadapkan ke mahkamah setelah polis mendakwanya mencemari buah-buah strawberi dengan jarum. Ia mencetuskan salah satu kebimbangan sabotaj makanan terbesar di Australia.

Industri strawberi di Australia, bernilai AUS$160 juta (S$159 juta), terjejas pada September setelah menerima hampir 200 aduan mengenai jarum-jarum yang disemat dalam buah-buah strawberi itu dan buah-buahan lain.

Beberapa pasar raya utama menarik balik buah-buah strawberi kerana para pelanggan enggan membelinya, sehingga memaksa para petani untuk membuang buah-buah tersebut di tengah-tengah amaran ramai yang akan jatuh muflis.

Menurut polis Australia pada Isnin (12 Nov), pihaknya sudah mendakwa seorang wanita berusia 50 tahun atas tujuh kes pencemaran.

Polis mengatakan bahawa wanita itu bekas pekerja salah sebuah jenama yang terjejas, bagaimanapun tidak mendedahkan jenama itu.

Jika didapati bersalah, wanita itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun setelah pemerintah Australia melaksanakan hukuman lebih berat bagi membendung krisis tersebut.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan