Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita tua mati dijerut tuala dalam rompakan

Seorang wanita warga emas dijumpai mati dengan kesan dijerut tuala dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia semalam (25 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tua mati dijerut tuala dalam rompakan

Petikan gambar video Astro Awani di Youtube menunjukkan polis menjalankan siasatan di rumah mangsa.

Diterbitkan : 26 Feb 2018 09:35AM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 09:40AM

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas dijumpai mati dengan kesan dijerut tuala dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia semalam (25 Feb).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata mangsa, Kau Fu Eng, 71, ditemui oleh anak perempuan dan cucunya pada sekitar jam 5.45 petang.

"Sebelum kejadian mangsa tinggal di rumah berseorangan selepas anak dan cucunya keluar dan apabila pulang mereka mendapati rumah berada dalam keadaan berselerak sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik," kata Mior Farid.

Menurutnya lagi, polis menerima aduan pada pukul 6.13 petang dan hasil siasatan menunjukkan mangsa diserang oleh penyamun yang disyaki masuk ke dalam rumah dari pintu belakang yang dipercayai tidak berkunci.

Suspek menjerut leher mangsa menggunakan tuala dan menutup mulut mangsa selepas mangsa menjerit, tambah beliau.

Mior Farid berkata siasatan mendapati barang kemas bernilai RM10,000 (S$3,400), sebuah tablet dan beberapa jam tangan hilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan