Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita tidak dikenali bayarkan bil perkakas sekolah guru

Sebuah sekolah di Charlotte, North Carolina memuat naik ucapan terima kasih di laman Facebook kepada seorang wanita tidak dikenali yang sungguh murah hatinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tidak dikenali bayarkan bil perkakas sekolah guru

Seorang tidak dikenali yang secara baik hati bayarkan pembelian perkakas sekolah. (Gambar: Facebook/Charlotte-Mecklenburg Schools)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 12:41AM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 02:28AM

AMERIKA SYARIKAT: Sebuah sekolah di Charlotte, North Carolina memuat naik ucapan terima kasih di laman Facebooknya yang ditujukan kepada seorang wanita tidak dikenali yang sungguh murah hati.

Portal berita WCNC melaporkan wanita itu membayar untuk seluruh senarai bekalan peralatan mengajar yang dibeli oleh guru dari Charlotte-Mecklenburg Schools itu.

Menurut catatan Facebook berkenaan, seorang guru bahasa Inggeris berkata wanita yang tidak ingin identiti atau gambar beliau didedahkan membayar untuk bekalan peralatan sekolahnya sementara menanti giliran di kaunter bayaran, lapor WCNC.

Bil tersebut berjumlah AS$75 (S$102).

Menurut guru bahasa Inggeris itu lagi, wanita itu berkata beliau setakat ingin 'menyebarkan kebaikan'. 

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan