Wanita Thai dijel 43 tahun di bawah undang-undang hina raja
Seorang wanita di Thailand dijatuhi hukuman penjara 87 tahun di bawah undang-undang menghina raja.
BANGKOK: Seorang wanita di Thailand dijatuhi hukuman penjara 87 tahun di bawah undang-undang menghina raja.
Tempoh hukuman itu dikurangkan kepada 43 setengah tahun selepas bekas pekerja kerajaan itu mengaku salah.
Namun tempoh hukuman tersebut masih yang paling lama bagi kesalahan mengkritik raja Thai.
Wanita berusia 60an tahun itu telah berkongsi rakaman-rakaman video yang dianggap mengkritik raja Thai.
Anchan melakukan kesalahan itu enam tahun lalu semasa sentimen anti kerajaan meningkat menyusuli rampasan kuasa tentera.
Dia ditangkap setahun sebelum bersara selepas berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 40 tahun.
Wanita itu ditahan di penjara dari tahun 2015 hingga 2018.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.