Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita "terlalu gementar" duduki ujian memandu sehingga meninggal dunia

Seorang wanita di bahagian timur China terkena serangan jantung dan meninggal dunia semasa menduduki ujian memandu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita "terlalu gementar" duduki ujian memandu sehingga meninggal dunia

Para penyelamat cuba memberikan bantuan pernafasan. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 12:57PM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 11:24PM

CHINA: Seorang wanita di bahagian timur China terkena serangan jantung dan meninggal dunia semasa menduduki ujian memandu.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang saksi yang berada di lokasi ujian, di Wilayah Jiangsu, China, menunjukkan seorang lelaki sedang memberikan bantuan pernafasan kecemasan kepada wanita berkenaan setelah beliau rebah, menurut laporan Daily Mail.

Wanita itu, yang dalam lingkungan usia 30-an tahun, dipercayai "terlalu gementar" sehingga pengsan.

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di hospital, menurut laporan sebuah stesen televisyen, seperti yang dipetik laman Daily Mail.

Seorang saksi memberitahu wartawan, wanita itu sedang melakukan ujian mengundurkan kereta apabila "jantungnya tiba-tiba berhenti berdenyut".

Insiden itu berlaku di pusat peperiksaan Guanshan, di Suzhou pada pukul 1.30 tengah hari pada 31 Januari.

Punca kematiannya bagaimanapun masih disiasat.

Namun, seorang pakar psikologi berkata ia mungkin berlaku disebabkan tekanan emosi, lapor Daily Mail.

"Ujian itu memerlukan begitu banyak perhatian dan tenaga. Ia memberikan tekanan yang tinggi ke atas mereka yang belajar memandu, lebih-lebih lagi golongan muda."

Encik Hu Bin, jurulatih memandu di sebuah sekolah memandu di Suzhou menyarankan mereka yang belajar memandu supaya cukup makan dan menarik nafas dalam semasa menduduki ujian.

"Pengurusan emosi penting bagi yang sedang belajar memandu semasa latihan mereka. Jika mereka tahu mengendalikan emosi, mereka akan dapat menangani tekanan semasa menduduki ujian," kata beliau.

Salah seorang individu yang sedang belajar memandu bersetuju dengan pandangan tersebut dan memberitahu Jiangsu Televisyen: "Kadangkala saya akan cemas dan tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan stereng kereta."

Sumber : Agensi berita/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan