Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita serik selepas diserang, digigit kuda ketika bercuti di Thailand

Percutian di Songkla Thailand bersama teman-teman yang seharusnya menyeronokkan bagi seorang guru wanita bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diserang dan digigit oleh seekor kuda yang 'naik minyak'.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita serik selepas diserang, digigit kuda ketika bercuti di Thailand

(Gambar hiasan: Geoffroy Van Der Hasselt/AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2018 01:41PM Dikemas Kini : 17 Nov 2018 01:52PM

IPOH: Percutian di Songkla Thailand bersama teman-teman yang seharusnya menyeronokkan bagi seorang guru wanita bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diserang dan digigit oleh seekor kuda yang 'naik minyak'.

Ketika Nur Aini Ruslan, 29 tahun, sedang bersiar-siang di Pantai Samila, Songkla pada 6 November lalu dengan menunggang kuda sambil diiringi seorang jurupandu, tiba-tiba seekor kuda lain meluru dan menyerang beliau.

"Kuda itu menendang saya sehingga saya terjatuh dan kuda itu kemudian menggigit bahagian belakang saya sebelum menghempas saya berkali-kali ke tanah.

"Walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua minit, namun saya rasakan seperti itulah kali terakhir saya bernafas di bumi ini," katanya ketika menceritakan pengalaman ngerinya.

Guru itu kemudian dikejarkan ke Hospital Songkla untuk rawatan awal.

DARAH BEKU DI BAHAGIAN BELAKANG

"Setibanya di tanah air saya mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta di sini dan menjalani pembedahan pada 9 November lalu bagi membuang darah beku di bahagian belakang dan mencuci luka di pinggang," katanya yang bercuti di Songkla selama empat hari sejak 4 Nov lalu.

Cik Nur Aini berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kuda yang menyerangnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai yang ingin bercuti terutamanya ke luar negara agar membuat persiapan sekucupnya termasuk mendapatkan perlindungan insurans.

"Sentiasa berhati-hati kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan