Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Saudi diberkas kerana peluk penyanyi lelaki

Seorang wanita diberkas selepas memeluk seorang penyanyi lelaki di atas pentas semasa satu konsert.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Saudi diberkas kerana peluk penyanyi lelaki

Petikan gambar video yang tular di media sosial.

Diterbitkan : 16 Jul 2018 11:40PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 11:45PM

ARAB SAUDI: Seorang wanita diberkas selepas memeluk seorang penyanyi lelaki di atas pentas semasa satu konsert.

Semasa kejadian, Majid al-Mohandis sedang mementaskan persembahan di satu pesta di barat Taif ketika wanita berkenaan meluru ke atas pentas.

Video-video yang dimuat naik online menunjukkan wanita itu berpaut kepada Mohandis manakala para pengawal keselamatan cuba memisahkannya daripada penyanyi itu, lapor BBC.

Wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa yang bukan mahram mereka.

Penyanyi berkenaan belum memberikan sebarang komen menyusuli insiden itu. "Raja lagu-lagu Arab" yang berasal dari Iraq itu meneruskan persembahannya selepas wanita berkenaan ditahan polis.

Pendakwa awam menyifatkan tindakan wanita itu sebagai satu gangguan, menurut polis seperti ditukil agensi media tempatan Okaz.

Ia melanggar undang-undang ketat yang dikuatkuasakan di negara itu di mana wanita perlu berpakaian sopan, tidak boleh bergaul dengan kaum adam dan semua dilarang meminum minuman keras.

Wanita juga dilarang menghadiri acara awam di negara itu. Namun, ia sudah dimansuhkan tahun lalu selaras dengan siri pembaharuan yang dilakarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Menurut BBC, Visi 2030 yang dibentangkan tahun lalu, bermatlamat untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat bagi kegiatan budaya dan hiburan dari 2.9 peratus kepada 6 peratus menjelang 2030.

Wanita dibenarkan menonton konsert dan perlawanan bola sepak buat pertama kali baru-baru ini. Kerajaan itu turut menganjurkan konsert pertama penyanyi wanita di negara itu pada bulan Disember lalu. Wanita juga dibenarkan memandu bulan lalu.

Namun, peraturan ketat masih dikuatkuasakan dan wanita wajib mematuhi kod pakaian yang ditetapkan. Wanita berniqab yang identitinya tidak didedahkan, memeluk Mohandis semasa kejadian itu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan