Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita rugi besar ditipu kes langgar lari

Seorang pegawai akaun rugi RM12,000 (S$3,950) ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Muar, Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita rugi besar ditipu kes langgar lari

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 12:42PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 12:45PM

BINTULU: Seorang pegawai akaun rugi RM12,000 (S$3,950) ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Muar, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun dihubungi lelaki berkenaan melalui nombor telefon 018-673229 pada hari kejadian dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes langgar lari.

“Lelaki itu memberitahu kenderaan yang didaftarkan atas nama mangsa terlibat dalam kes langgar lari. Kenderaan terlibat dalam kemalangan pula mengandungi dadah.

“Lelaki itu turut memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menunjukkan waran tangkap ke atas mangsa melalui WhatsApp,” kata Supt Mustafa.

Mangsa kemudian memasukkan wang berjumlah RM12,000 (S$3,950) ke dalam akaun Public Bank seperti diarahkan lelaki berkenaan sebagai jaminan kepada mahkamah.

Mangsa membuat aduan polis semalam (9 Jan) selepas menyedari beliau ditipu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan