Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita rentung, 5 cedera dalam kebakaran di kedai motosikal

Menurut Encik Ruhisha, kedai motosikal itu terbakar sepenuhnya manakala tingkat dua yang menempatkan sebuah klinik dan bilik hostel pekerja di tingkat tiga serta empat musnah terbakar 30 peratus. Punca kejadian masih disiasat.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita rentung, 5 cedera dalam kebakaran di kedai motosikal
Diterbitkan : 01 Aug 2018 01:33PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 01:39PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai rakyat Malaysia berusia lingkungan 40-an dijumpai rentung manakala lima lagi individu cedera dalam kebakaran sebuah kedai motosikal di Jalan Sentul di Kuala Lumpur malam Selasa (31 Jul).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Ruhisha Haris berkata dalam kejadian pada 8.42 malam itu (31 Jul), mayat mangsa ditemui bersebelahan kaunter kedai di tingkat bawah bangunan empat tingkat berkenaan.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan, pihaknya segera mengerahkan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah ke tempat kejadian.

"Ketika kebakaran itu, mangsa (wanita yang maut) berada di dalam kedai bersama tiga mangsa lelaki iaitu dua warga Malaysia dan seorang warga Pakistan yang cedera, manakala seorang wanita warga Indonesia dan lelaki warga Pakistan yang berada di bilik asrama pekerja di tingkat atas turut cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat tengah malam semalam (31 Jul).

Menurut Encik Ruhisha, kedai motosikal itu terbakar sepenuhnya manakala tingkat dua yang menempatkan sebuah klinik dan bilik hostel pekerja di tingkat tiga serta empat musnah terbakar 30 peratus. Punca kejadian masih disiasat.

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dan mangsa yang cedera, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan menerima rawatan.

Semalam (31 Jul), pihak media melaporkan seorang dikhuatiri maut manakala tiga lagi dipercayai cedera dalam kebakaran itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan