Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita rakyat Britain dipenjara kerana tampar pegawai imigresen Bali

Seorang wanita rakyat Britain dijatuhi hukuman enam bulan penjara pada Rabu (6 Feb) kerana menampar seorang pegawai imigresen di Bali selepas dia terlepas penerbangannya akibat visa pelancong yang sudah luput tarikhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita rakyat Britain dipenjara kerana tampar pegawai imigresen Bali

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 11:14PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 11:22PM

DENPASAR: Seorang wanita rakyat Britain dijatuhi hukuman enam bulan penjara pada Rabu (6 Feb) kerana menampar seorang pegawai imigresen di Bali selepas dia terlepas penerbangannya akibat visa pelancong yang sudah luput tarikhnya.

Sebuah mahkamah di pulau peranginan Indonesia itu mendapati Auj-e Taqaddas, 43 tahun, bersalah menyerang pegawai di lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai pada Julai lalu.

Sebuah video yang tular menunjukkan wanita itu mula memaki hamun apabila diberitahu dia perlu membayar denda AS$4,000 (S$5,410) kerana menetap di negara itu beberapa bulan lebih lama daripada tempoh dibenarkan.

Dia kemudian memukul seorang pegawai dan menuduh beliau menyebabkannya terlepas penerbangan.

Taqaddas, yang berikrar akan merayu keputusan mahkamah, dibawa ke mahkamah pada Rabu selepas tidak menghadirkan dirinya di mahkamah pada beberapa tarikh sebelum itu.

Dia tidak ditahan sebelum dijatuhkan hukuman.

"Kami memantau pergerakannya sejak minggu lalu dan petang ini kami membawanya secara paksa ke mahkamah," kata pihak pendakwa Waher Tulus Tarihoran.

"Dia melawan, memukul dan menendang para pendakwa." 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan