Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita pertama didenda di Denmark kerana memakai niqab

Seorang wanita berusia 28 tahun menjadi orang pertama yang didakwa di Denmark pada Jumaat (3 Ogos) kerana memakai niqab selepas undang-undang kontroversil melarang pemakaian niqab di tempat awam dikuatkuasakan pada Rabu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita pertama didenda di Denmark kerana memakai niqab

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 11:30PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 11:34PM

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 28 tahun menjadi orang pertama yang didakwa di Denmark pada Jumaat (3 Ogos) kerana memakai niqab selepas undang-undang kontroversil melarang pemakaian niqab di tempat awam dikuatkuasakan pada Rabu lalu.

Media tempatan melaporkan, polis dipanggil ke sebuah pusat beli belah di Horsholm, utara ibu kota Copenhagen Nordsjaelland, selepas wanita itu bergaduh dengan seorang wanita lain yang cuba membuka niqabnya. Demikian menurut pegawai polis yang bertugas David Borchersen kepada agensi berita Ritzau.

"Semasa pergelutan itu niqabnya tertanggal, namun beliau sudah memakainya semula semasa kami tiba di tempat kejadian," kata Borchersen.

Polis mengambil gambar wanita tersebut memakai niqab dan memperoleh rakaman kamera keselamatan daripada pusat beli-belah berkenaan

Wanita yang menutup mukanya itu dimaklumkan akan didenda sebanyak 1,000 kroner (S$212.47). Beliau juga diarah memilih untuk membuka niqabnya atau meninggalkan tempat tersebut.

"Beliau memilih untuk beredar," kata Borchersen lagi.

Bermula 1 Ogos, memakai burqa atau memakai niqab di tempat awam akan dikenakan denda 1,000 kroner (S$212.50).

Pesalah berulang akan dikenakan denda sehingga 10,000 kroner (S$2,124.70).

Kumpulan hak manusia, Human Rights Watch menyifatkan penguatkuasaan undang-undang itu sebagai diskriminasi dan ia merupakan trend berbahaya.

Penyokong undang-undang tersebut pula menyatakan ia membolehkan proses integrasi lebih baik antara pendatang Muslim dan masyarakat Denmark.

Pengharaman itu juga dikenakan ke atas aksesori lain yang menyembunyikan muka seseorang daripada pandangaan awam seperti balaclava, pelitup dan janggut palsu.

Belgium, Perancis, Jerman dan Austria sudahpun menguatkuasakan pengharaman serupa secara sepenuhnya ataupun sebahagiannya.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan